Apakah itu PBSM?
- Persatuan Bulan Sabit Merah ialah satu pertubuhan sukarelawan yang telah ditubuhkan pada tahun 1948 dan juga diiktirafkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.
Ikrar PBSM
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
berikrar taat setia kepada
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agung
dan pemerintah-pemerintah di negara kami.
Bahawa kami berikran
akan sentiasa patuh pada perlembagaan
dan undang-undang serta arahan persatuan
walau di mana kami berada.
Bahawa kami berikran
akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami
kepada mereka yang sakit dan menderita
di waktu aman atau bencana
berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:
- Kemanusiaan
- Kesaksamaan
- Keberkecualian
- Kebebasan
- Khidmat Sukarela
- Ketunggalan
- Kesejagatan
Bulan Sabit Merah di Malaysia
Giat berjasa untuk negara
tidak kira kaum dan agama
waktu aman atau bahaya.
Di mana jua adanya sengsara
di sana ada kita
di darat dan laut ita bersedia
walaupun diancam bahaya.
Bulan Sabit Merah gerakan Sedunia
membantu semua yang menderita
badan sukarela berkhidmat
dengan tabah dan bersemangat.
Casino Resort Hotels Las Vegas - MapYRO
ReplyDeleteThe Casino Resort at Wynn Las Vegas is a 용인 출장샵 5-star 경상북도 출장샵 property offering 1,200 gaming machines, a restaurant, and a 원주 출장샵 bar. 제주도 출장샵 The property features a 창원 출장마사지 full-service spa,